Sunday, October 13, 2013

Selamat Hari Raya AidilAdha 1434


Warga Pusat Kegiatan Guru Klang Bandar
 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1434H , maaf zahir & batin buat semua BTPN & PKG Seluruh Malaysia ,warga pendidik dan semua rakyat Malaysia yang beragama islam.


Monday, September 23, 2013

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.
Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.
Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Nilai sumbangan bahan bacaan yang diberikan bertambah dengan peningkatan bilangan sekolah dan murid yang mengambil bahagian dalam program ini setiap tahun meningkat.
Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama berusaha merealisasikan aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.’
Scholastic juga mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran terbaik untuk murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan kos yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh murid dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan mereka berdaya saing di peringkat global.
Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.
Untuk makluman kini pendaftaran secara atas talian telah dibukakan pada 23 September 2013 sehinnga 25 Oktober 2013 di laman web seperti dibawah:-
Tahun ini Scholastic hanya membuka kepada 2500 PENYERTAAN sahaja.

Sunday, September 1, 2013

SSQS 2.0 2013

Berikut adalah senarai pautan link untuk SSQS 2.0 untuk tahun 2013.
PKG KLANG BANDAR.

Penarafan ini akan bermula 2-30 hb September 2013 dengan beberapa format baru antaranya adalah seperti berikut :
1.                              Pentadbir x 1
2.                              Guru Perpustakaan Media x 1
3.                              Guru x 30 (6 teras mata pelajaran)
4.                              Murid x 30 (rawak)
Pemantauan secara online kali ini adalah dengan menggunakan Google Form dan pautan kepada borang hanya boleh diakses melalui emel sekolah sahaja serta mengikut sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru masing-masing.

Berikut adalah pautan soalan SSQS 2.0 mengikut sekolah ahli .(akan diaktifkan pada 2hb September 2013)

PENTADBIR


GURU


GURU GPM


MURID



Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434

Warga Pusat Kegiatan Guru Klang Bandar
 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434H , maaf zahir & batin buat semua BTPN & PKG Seluruh Malaysia ,warga pendidik dan semua rakyat Malaysia yang beragama islam.



Thursday, July 25, 2013

Taklimat SPS Daerah Klang

Taklimat SPS Daerah Klang

Seramai 131 sekolah rendah dan menengah daerah klang telah menghadiri taklimat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang telah berlangsung di SJK (C ) Pandamaran A. Sasaran taklimat ini adalah untuk memberikan maklumat awal kepada Guru besar, Pengetua dan GPB/GICT sekolah.





SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
TALIAN MEJA BANTUAN
Tel: 1 800 88 2875
Emel: sps.helpdesk@moe.edu.my
sps.helpdesk2013@gmail.com

Wednesday, June 19, 2013

SSQS 5 Bintang 2012

SSQS 5 BINTANG
Pihak BTPN Selangor serta Jabatan Pelajaran Selangor pada 19hb Jun 2013 bertempat di Dewan Auditorium CIAST Shah Alam telah mengadakan “Program Pembestarian Sekolah : 1Bestari 1Aspirasi” untuk meraikan sekolah-sekolah yang berjaya mencapai tahap 5 Bintang.
Pada tahun 2012 BTP telah menilai sebanyak 915 buah sekolah negeri Selangor dan daripada jumlah tersebut sebanyak 136 buah sekolah mencapai 5 bintang, 21 mengekalkan 5 bintang daripada tahun 2011, 11 sekolah daripada 2010 dan 7 buah sekolah berjaya mengekalkan 5 bintang daripada tahun 2009
Satu majlis perkongsian pintar turut diadakan iaitu perkongsian amalan pintar oleh Pengetua SMK Perempuan Sri Aman yang disampaikan oleh Datin Noorul-Aini bt Ambak yang menyentuh cara bagaimana mereka membestarikan sekolah dan perkongsian pengalaman menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah yang akan dilaksanakan sedikit masa sahaja lagi.
Majlis perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor iaitu Tuan Haji Mahmud b Karim. Terima-kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya mencapai tahap bestari dan kami semua harap tahun 2013 satu pencapaian yang lebih cemerlang dan terbilang dapat dicapai.
Tahniah kpd sekolah zon PKG Klang Bandar yg telah memperolehi 5 bintang:
Kolej Islam Sultan Alam Shah.
SMK Shah Bandaraya.


SMK Sri Istana

Monday, June 17, 2013

KURSUS ASAS 35 JAM ZON PKG DAERAH KLANG

KURSUS ASAS 35 JAM ZON PKG DAERAH KLANG 2013.

Seramai 40 orang GPM telah menghadiri kursus asas pusat sumber di BTPN Selangor. Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 17 jun hingga 21 Jun 2013. Kursus ini adalah gabungan anjuran bersama PKG Dearah klang dan dibantu oleh BTPN Selangor. Kursus ini memberikan banyak  manfaat kepada GPM yang baru dilantik sebagai guru sumber supaya lebih memahami dengan mendalam lagi teknik-teknik serta kaedah memproses buku di pusat sumber sekolah.

Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Pn.Rusita sahari,Ketua Unit ICT bagi mewakil pihak KPP BTPN Selangor

























Tuesday, May 21, 2013

BENGKEL TOKOH NILAM ZON PKG KLANG BANDAR 2013

Tarikh : 21 Mei 2013
Tempat : PKG Klang Bandar
Jumlah Peserta : 31 orang pelajar
Kehadiran : Pelajar SK dan SMK zon PKG Klang Bandar








Friday, April 5, 2013

Mesyuarat GPM Bil. 2 /2013

Tarikh : 5 April 2013
Tempat : Bilik Mesy.PKG Klang Bandar
Jumlah Peserta : 31 orang GPM
Kehadiran : Semua GPM ZON PKG Klang Bandar





Mesyuarat GPM Bil.2/2013 telah diadakan pada 05 April 2013 bertempat di  PKG Klang Bandar. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua GPM kelompok PKG Klang bandar yang dipengerusikan oleh En.Mohd Khairul Darimi bin Abdu Rani, PTP 2  PKG Klang Bandar.Dalam mesyuarat ini, GPM telah di taklimatkan tentang maklumat mengenai status lantikan jabatan dan lantikan sekolah. GPM juga telah dibantu bagi menyelesaikan masalah mengenai i-NILAM dan juga iQ-PSS.

Friday, March 15, 2013

Mesyuarat JKPA bil 1 2013

Tarikh : 15 Mac 2013 ( 8.30 pagi)
Tempat : Bilik Mesyuarat  PKG Klang Bandar
Jumlah Peserta : 31 orang
Kehadiran : 
: Pn.Syarizal bt Zainal Abidin (Wakil BTPN Selangor)
: Puan. Hjh Siti Hajar bt Ayub (Wakil PPD Klang)
: Puan. Habah bt Atan (Pengetua SMK Sri Istana / Pengerusi)
: Puan. Rohimah bt Atan (Pengetua SMK Convent / Naib Pengerusi 1)
: Puan. Abidah bt Yahya (Guru Besar SMK SK Telok Menegon / Naib Pengerusi 2)
: En. Kamisan bin Saimin (PTP 1 PKG Klang Bandar / Setiausaha)
: En. Mohd Khairul Darimi bin Abdu Rani (PTP 2 PKG Klang Bandar / Naib Setiausaha)
: En. Norazmi bin Ibrahim (Guru Besar / Bendahari)
: Semua Pengetua / Guru Besar Kelompok PKG Klang Bandar.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Klang Bandar 1/2013 telah diadakan pada 15 Mac 2013 di Bilik mesy. Pusat Kegiatan Guru Klang Bandar. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan. Habsah bt Atan , telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah kelompok PKG Klang Bandar serta wakil. BTPN Selangor telah diwakili oleh Pn. Syarizal bt Zainal Abidin , manakala PPD Klang telah diwakili oleh Puan Hjh Siti Hajar bt Ayub, Penolong PPD Pengurusan Akademik,klang.




Tuesday, March 5, 2013

Mesyuarat GPB / GICT Bil. 1/2013

Tarikh : 05 Mac 2013
Tempat : PKG Klang Bandar
Jumlah Peserta : 39 orang
Kehadiran : Semua GPB/GICT/FT




Mesyuarat GPB/GICT Bil.1/2013 telah diadakan pada 05 Mac 2013 bertempat di  PKG Klang Bandar. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua GPB/GICT dan juga FT zon Klang Bandar. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh En.Kamisan bin Saimin dan dibantu oleh En. Mohd Khairul Darimi b Abdu Rani, PTP2  PKG Klang Bandar.


GPB/GICT dan FT17 juga telah dibentangkan dengan cadangan aktiviti sesi 2013 yang melibatkan semua GPB/GICT dan  FT17 bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam bidang yang berkaitan. Taklimat berkaitan SSQS, SPPICTS dan STS juga turut diselitkan dalam mesyuarat tersebut bagi memastikan semua sekolah mengemaskini data berkenaan.


Instrumen Pemantauan ICT turut diberi penerangan dan diedarkan kepada semua GPB/GICT bersama jadual pemantauan PKG ke sekolah. Di akhir mesyuarat semua GPB/GICT bersama  FT17 telah diberi taklimat berkaitan tatacara hapus kira peralatan ICT yang sudah lama.