Friday, March 15, 2013

Mesyuarat JKPA bil 1 2013

Tarikh : 15 Mac 2013 ( 8.30 pagi)
Tempat : Bilik Mesyuarat  PKG Klang Bandar
Jumlah Peserta : 31 orang
Kehadiran : 
: Pn.Syarizal bt Zainal Abidin (Wakil BTPN Selangor)
: Puan. Hjh Siti Hajar bt Ayub (Wakil PPD Klang)
: Puan. Habah bt Atan (Pengetua SMK Sri Istana / Pengerusi)
: Puan. Rohimah bt Atan (Pengetua SMK Convent / Naib Pengerusi 1)
: Puan. Abidah bt Yahya (Guru Besar SMK SK Telok Menegon / Naib Pengerusi 2)
: En. Kamisan bin Saimin (PTP 1 PKG Klang Bandar / Setiausaha)
: En. Mohd Khairul Darimi bin Abdu Rani (PTP 2 PKG Klang Bandar / Naib Setiausaha)
: En. Norazmi bin Ibrahim (Guru Besar / Bendahari)
: Semua Pengetua / Guru Besar Kelompok PKG Klang Bandar.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Klang Bandar 1/2013 telah diadakan pada 15 Mac 2013 di Bilik mesy. Pusat Kegiatan Guru Klang Bandar. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan. Habsah bt Atan , telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah kelompok PKG Klang Bandar serta wakil. BTPN Selangor telah diwakili oleh Pn. Syarizal bt Zainal Abidin , manakala PPD Klang telah diwakili oleh Puan Hjh Siti Hajar bt Ayub, Penolong PPD Pengurusan Akademik,klang.




Tuesday, March 5, 2013

Mesyuarat GPB / GICT Bil. 1/2013

Tarikh : 05 Mac 2013
Tempat : PKG Klang Bandar
Jumlah Peserta : 39 orang
Kehadiran : Semua GPB/GICT/FT




Mesyuarat GPB/GICT Bil.1/2013 telah diadakan pada 05 Mac 2013 bertempat di  PKG Klang Bandar. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua GPB/GICT dan juga FT zon Klang Bandar. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh En.Kamisan bin Saimin dan dibantu oleh En. Mohd Khairul Darimi b Abdu Rani, PTP2  PKG Klang Bandar.


GPB/GICT dan FT17 juga telah dibentangkan dengan cadangan aktiviti sesi 2013 yang melibatkan semua GPB/GICT dan  FT17 bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam bidang yang berkaitan. Taklimat berkaitan SSQS, SPPICTS dan STS juga turut diselitkan dalam mesyuarat tersebut bagi memastikan semua sekolah mengemaskini data berkenaan.


Instrumen Pemantauan ICT turut diberi penerangan dan diedarkan kepada semua GPB/GICT bersama jadual pemantauan PKG ke sekolah. Di akhir mesyuarat semua GPB/GICT bersama  FT17 telah diberi taklimat berkaitan tatacara hapus kira peralatan ICT yang sudah lama.