Wednesday, June 19, 2013

SSQS 5 Bintang 2012

SSQS 5 BINTANG
Pihak BTPN Selangor serta Jabatan Pelajaran Selangor pada 19hb Jun 2013 bertempat di Dewan Auditorium CIAST Shah Alam telah mengadakan “Program Pembestarian Sekolah : 1Bestari 1Aspirasi” untuk meraikan sekolah-sekolah yang berjaya mencapai tahap 5 Bintang.
Pada tahun 2012 BTP telah menilai sebanyak 915 buah sekolah negeri Selangor dan daripada jumlah tersebut sebanyak 136 buah sekolah mencapai 5 bintang, 21 mengekalkan 5 bintang daripada tahun 2011, 11 sekolah daripada 2010 dan 7 buah sekolah berjaya mengekalkan 5 bintang daripada tahun 2009
Satu majlis perkongsian pintar turut diadakan iaitu perkongsian amalan pintar oleh Pengetua SMK Perempuan Sri Aman yang disampaikan oleh Datin Noorul-Aini bt Ambak yang menyentuh cara bagaimana mereka membestarikan sekolah dan perkongsian pengalaman menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah yang akan dilaksanakan sedikit masa sahaja lagi.
Majlis perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor iaitu Tuan Haji Mahmud b Karim. Terima-kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya mencapai tahap bestari dan kami semua harap tahun 2013 satu pencapaian yang lebih cemerlang dan terbilang dapat dicapai.
Tahniah kpd sekolah zon PKG Klang Bandar yg telah memperolehi 5 bintang:
Kolej Islam Sultan Alam Shah.
SMK Shah Bandaraya.


SMK Sri Istana

Monday, June 17, 2013

KURSUS ASAS 35 JAM ZON PKG DAERAH KLANG

KURSUS ASAS 35 JAM ZON PKG DAERAH KLANG 2013.

Seramai 40 orang GPM telah menghadiri kursus asas pusat sumber di BTPN Selangor. Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 17 jun hingga 21 Jun 2013. Kursus ini adalah gabungan anjuran bersama PKG Dearah klang dan dibantu oleh BTPN Selangor. Kursus ini memberikan banyak  manfaat kepada GPM yang baru dilantik sebagai guru sumber supaya lebih memahami dengan mendalam lagi teknik-teknik serta kaedah memproses buku di pusat sumber sekolah.

Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Pn.Rusita sahari,Ketua Unit ICT bagi mewakil pihak KPP BTPN Selangor