Wednesday, September 9, 2015

KPI VLE Frog Jun hingga Disember 2015


KPM telah membuat penetapan KPI yang baru untuk peratus  
penggunaan murid sekurang-kurangnya 5 minit dalam 1 sesi  
pembelajaran sahaja setiap minggu mengikut bulan :
       JUN - 11.5% murid
       JULAI - 15.4% murid
OGOS - 16.7% murid
SEPTEMBER - 17.7% murid
OKTOBER - 18.7% murid
NOVEMBER - 19.2% murid
DISEMBER - 19.3% murid
 






 
 

Saturday, August 1, 2015

Virtual Learning Environment (VLE)


Apakah Virtual Learning Environment (VLE) ?
    

               Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah konsep pembelajaran berasaskan web. Guru-guru boleh  merancang proses PdP, menjalankan ujian dan menyemak  kerja sekolah secara maya. Manakala murid boleh menghantar kerja sekolah, berinteraksi dan berkomunikasi secara realtime dengan  guru-guru dan pihak sekolah untuk memantau perkembangan anak-anak.

Apakah Frog VLE ?


   
               Frog VLE merupakan landasan atas cloud yang  membolehkan pentadbir, pengurus, guru sekolah serta  murid menerapkan landasan pengajaran dan pembelajaran mereka ke dalam amalan dan persekitaran sekolah.



Apa itu Teknologi Awan (cloud) ?


   

               Teknologi Awan (cloud) ialah penggunaan teknologi  berasaskan internet di mana perkhidmatan perkongsian  sumber, aplikasi perisian, penyimpanan data, capaian dan pengurusan data boleh digunakan secara dalam  talian oleh pengguna. Antara teknologi perkomputeran awan yang sering digunakan adalah seperti Amazon dan Google.

 

Siapakah pengguna VLE ?



 
               Pengguna VLE ialah guru, murid dan ibubapa.
 

Bagaimanakah saya boleh mengakses VLE ?



  
               ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal dan membolehkan anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.
 

Bolehkah saya mengakses Frog VLE dari rumah ?  
     Pengguna boleh mengakses VLE dengan menggunakan apa-apa peranti yang mempunyai akses ke internet yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan internet pada bila-bilamasa di mana jua.

              Pengguna hanya boleh mengakses VLE sekiranya pengguna mempunyai akaun dan kata
              laluan VLE yang sah.  
        
 

Adakah ibubapa akan diberi akses Frog VLE ?
     Ibubapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibubapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta  memuat turun borang-borang penting dan dokumen.
        
 

Kenapa mesti guna Frog VLE ?


      
                Ia adalah satu dasar transformasi pendidikan Negara dan memudahkan guru-guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

 

Apakah peranan BTP/BTPN/PKG dalam pelaksanaan VLE ?



Peranan BTP/BTPN/PKG adalah sebagai pembimbing kepada pihak sekolah 
untuk memastikan penggunaan Frog VLE dapat dilancarkan dan 
dioptimumkan.